Kepada Semua Pembekal UPM,
Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate atau TCC) kepada semua Agensi Kerajaan bagi semua kaedah perolehan (pembelian terus, sebut harga dan tender) di bawah semua kategori bekalan, perkhidmatan (perunding & bukan perunding) dan kerja telah mula berkuatkuasa mulai 1 Julai 2025. Sijil ini di keluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Penguatkuasaan sepenuhnya dengan menjadikan pengemukaan TCC sebagai syarat tambahan wajib dalam dokumen tawaran perolehan Kerajaan. Hanya pembekal yang mengemukakan TCC yang sah dan berstatus 'patuh' sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran.
Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami di talian 03-9769 3529/6207/3550/6230/6239. Jika pihak kami tidak dapat dihubungi melalui telefon, sila mel kepada bend_procurement@upm.edu.my atau cust.bursar@upm.edu.my untuk bantuan lanjut.
Bagi pembekal yang berurusan di UPM Kampus Bintulu (UPMKB), pendaftaran hendaklah dibuat di laman sesawang MyVendor Bintulu iaitu di pautan https://myvendorbtu.upm.edu.my/ atau boleh menghubungi Seksyen Kewangan UPMKB di talian 08-6855274 untuk maklumat lanjut.
BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN UPM
08/08/2025